Kisah Dajjal tidak hanya dikenali dalam bangsa Islam sahaja, bahkan ia turut dinukilkan dalam sastera kuno Bangsa Eropah. Ia jelas menceritakan mengenai Dajjal yang lahir tanpa bapa, hasil percantuman benih manusia dan jin, dikenali sebagai anak istimewa, kekal muda, panjang usianya, mempengaruhi sejarah tamadun Eropah, pembina binaan misteri, dukun agung, bersembunyi di dimensi hibernasi dan akan kembali untuk memerintah dunia di penghujung zaman.
Siapakah manusia misteri itu? Dialah Merlin The Shaman.
Merlin dikatakan mendirikan bongkah batu Stonehenge, guru kepada King Arthur dan perencana Zaman Keemasan England dan bangsa Anglo-Saxon. Memang cara Dajjal yang akan memuliakan satu bangsa yang hina dan lemah (Barbarian) menjadi satu bangsa yang agung pada Zaman ketamadunannya.
Merlin adalah persis watak Gandalf dalam cerita Lord of The Rings – watak seorang tua yang penuh kuasa sakti dan berupaya hidup selepas mati. Manakala watak Aragorn adalah sinonim King Arthur yang mana beliau menjadi anak murid kepada Gandalf.
Watak Merlin berpengaruh dalam penubuhan konspirasi Zaman baru atau New World dan New Age. Dajjal telah merencanakan segala perancangannya untuk mewujudkan satu kuasa besar dunia. Kisah Merlin bukan sekadar epic atau karya lagenda malah ia menjadi satu sejarah yang penuh misteri. Terdapat banyak bukti yang meyakinkan bahawa Merlin ini hidup dan bergaul dengan manusia.
Merlin menjadi watak terpenting semasa Zaman pemerintahan dan kegemilangan King Arthur. Merlin adalah penasihat dan mentor kepada baginda. Merlin sering melakukan pemerhatian, mencorak masa hadapan, ada ketikanya dia mengikuti mimpi rahsianya sendiri. Kita dapat melihat Merlin dalam bentuk penyamarannya, sebagai penggerak setiap kejadian, dapat mengetahui kejadian masa depan dan menentukan nasib King Arthur serta perajuritnya.
Terdapat hikayat/teks (The Merlin of Porius) menyebut Merlin sebagai seorang manusia huge and slow ; saiz tubuhnya besar dari manusia biasa (persis hadis Rasulullah mengenai pertemuan Tamim Ad-Dari dan Dajjal bertubuh gergasi); berjalan dengan amat perlahan dan menggemari kehijauan hutan. Namun, perlu diingat bahawa Dajjal berupaya merubah bentuk fizikalnya dengan kebolehan separa manusia dan jin yang diperolehinya.
Kita hanya menyangka Dajjal wujud di Tanah Arab sahaja malahan ia telah wujud pada setiap kisah mengenai special figures dalam sejarah ketamadunan manusia. Ada hadis sahih menyatakan Dajjal telah dan akan merentasi setiap inci bumi pada setiap tempoh zaman kecuali tanah suci Mekah dan Madinah.
Karya John Matthews : “Merlin mewarisi tradisi purba dan anak yang istimewa. Dia dilahirkan hasil percantuman benih dari alam dunia dan langit, dibesarkan secara rahsia, memiliki keupayaan untuk mengalahkan segala cabaran, tampil di dunia dan memukau setiap manusia dengan kemahiran magis dan kedukunannya. Kemudian dia dapat merubah arah perjalanan dunia sebelum dia pergi ke suatu tempat yang jauh tetapi mesejnya masih dapat didengari oleh kita.”
Merlin juga boleh memanjangkan usianya. Dajjal hidup sebelum kelahiran Rasulullah SAW, tetapi dipasung/diikat di sebuah pulau semasa zaman pemerintahan baginda, kemudian dibebaskan semula selepas kewafatan baginda. Dajjal sendiri telah menemui rahsia untuk kekal hidup (immortal) dan tidak mati. Dia hidup di alam jin dan berhibernasi di situ. Ketahuilah bahawa sedetik di alam jin bersamaan sehari. Jika sehari di alam jin, bersamaan 14 hari alam manusia. Bayangkan jika dia hidup bertahun-tahun di sana, bermakna dia telah merentas masa berlipat kali ganda merentasi zaman. Merlin sendiri pernah menulis sajak bertajuk Affalannau (Appletrees) : menyebut dengan terang di mana dia berada dan dia hairan mengapa dia tidak mati.
Dalam filem Lord of the Rings ; Gandalf sendiri dilihat dapat mengembara ke alam Hobbit dan bertemu makhluk bertelinga panjang (persis suasana alam bunian/jin). Merlin juga tidak dipastikan kematiannya kerana dia menghilangkan diri sendiri dan masuk ke alam hibernisasi. “Aku tidak akan ditemui lagi selepas ini…dan dalam masa yang sama aku tidak akan keluar, tidak sesekali aku akan keluar, dunia ini tidak sesuai untuk aku ketika ini bukan kerana ia besi, kayu dan batu, tetapi ia hanya udara dan tarikannya yang sangat kuat sehingga ia tidak dapat dilepaskan pergi, tidak sesekali aku keluar dari persembunyianku…Aku mendoakan agar Tuhan melindungi King Arthur dan negaranya, begitu juga rakyat seluruh dunia..”
Merlin dikatakan akan muncul semula pada akhir zaman menghampiri hari Kiamat. Karya Imam Hoseein dalam Jerussalem In The Quran : “Merlin tidak akan mati bahkan dia tidak akan menzahirkan dirinya yang sebenar dan hanya akan muncul pada akhir zaman….”. Ketika akhir hidupnya, Merlin The Shaman dikatakan sesat di dalam hutan dan hidup di sana serta menjadi tidak siuman. Pada hakikatnya, beliau hidup dengan jin di dalam hutan.
Lihatlah dengan hakikat bahawa kisah Merlin ini bukan sekadar dongeng atau epik yang direka-reka. Ianya adalah sebuah sejarah aneh yang nyata tetapi tersembunyi di dalam bilahan sejarah silam. Lipatan sejarah ini memang mengesahkan bahawa Merlin memang wujud dan pernah bergaul dengan umat manusia pada zaman itu. Kini, dia dinantikan sebagai raja yang akan kembali ke dunia; dukun agung yang pernah mencorak sejarah dan tamadun silam. Perwatakannya amat persis dengan Dajjal!
Ketahuilah, dunia hampir sampai ke penghujungnya.
Dajjal akan kembali menghuru-harakan dunia dan menggoncangkan keimanan para muslimin dan muslimat….
Wallahua’lam…



0 comments:
Post a Comment